Kelebihan Pemasaran Emel

Pemasaran melalui emel adalah cara yang paling berkesan untuk kekal berhubung dengan para pelanggan anda. Ianya sangat ekonomi dan jika dilakukan dengan betul, boleh membantu membina 'brand' untuk perniagaan anda.

Dengan purata hanya beberapa RM untuk setiap emel, ia adalah tawaran yang hebat berbanding dengan 'direct mail' secara tradisional. Tambahan pula, pemasaran emel mempunyai kadar respon yang tinggi (sekitar 5-35 % bergantung kepada jenis dan format industri terbabit).

Satu daripada kelebihan pemasaran emel ialah jumlah maklumat yang dibekalkan oleh klien apabila mereka mendaftar untuk subscribe emel anda. Dengan mengetahui siapakah klien anda sebenarnya, termasuklah jantina, umur, pendapatan dan terutama sekali kesukaan mereka, anda boleh menggunakan maklumat ini untuk menghasilkan produk yang berguna untuk mereka sekaligus menguntungkan anda.


Kelebihan-kelebihan Pemasaran Emel:-

1. Membawakan kepada anda prospek yang disasarkan. Tawaran yang anda lakukan akan sampai kepada prospek yang sudah mempunyai minat terhadap maklumat yang anda miliki.

2. Penjimatan kos. Berbanding dengan lain-lain metod pemasaran terus (direct marketing), pemasaran emel benar-benar lebih murah.

3. Cepat dan berkesan. Teknik pemasaran yang konvensional, seperti surat-menyurat, mengambil masa yang banyak. Kemudian anda perlu menunggu untuk beberapa bulan yang seterusnya untuk mendapatkan pengesahan daripada penerima. Dalam permit atau pemasaran emel 'opt-in', promosi dapat dilakukan setelah beberapa hari prospek mendaftar untuk senarai emel anda.

4. Kadar respon adalah tinggi. Secara umumnya, keizinan atau kempen emel 'opt-in' membawa kepada kadar respon yang tinggi berbanding dengan iklan promosi terus secara tradisional atau lain-lain jenis promosi dan pengiklanan online.


Tidak seperti laman web yang mana para pengguna perlu ingat alamat laman web yang ingin dikunjungi, ezine emel atau newsletter tiba ke 'pangkuan' prospek anda tanpa memerlukan mereka mengambil apa-apa tindakan. Dari masa ke semasa, proses ini akan mendidik pelanggan anda tentang produk atau servis yang anda tawarkan sekaligus akan menjadikan anda pilihan mereka sebagai penyedia maklumat yang mereka ingini.

Bahan-bahan yang boleh didownload seperti ebook boleh diakses dengan seberapa segera. Sebagai contoh, apabila anda menawarkan kepada prospek sebuah ebook yang mengandungi maklumat yang berguna dengan hanya melayari laman web anda, klik link ke 'landing page' anda dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan, ebook yang disediakan itu sudah boleh didownload oleh mereka.

5. Emel boleh melakukan tugas-tugas tertentu secara automatik. Autoresponder memainkan peranan penting dalam hal ini dan merupakan alat yang praktikal dan murah. Ianya boleh ditetapkan untuk berfungsi secara 'auto-pilot' bagi menghantar mesej-mesej yang anda sediakan kepada para prospek anda.


Autoresponder juga menghantar emel secara automatik kepada sesiapa sahaja yang menghantar emel kepada anda yang berkaitan dengan produk atau servis yang anda sediakan.

Sekarang, prospek boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perniagaan, produk atau servis dalam 24 jam sehari semalam dan ya, 7 hari seminggu.


Kekurangan pemasaran emel:-


1. Hari ini dengan kewujudan spam, emel boleh dilihat sebagai satu keadaan yang sukar untuk diuruskan. Ini bermakna para prospek hanya akan mencari dan membuka emel dari rakan-rakan, keluarga dan sebagainya manakala emel-emel yang tidak berkaitan akan dibuang dengan begitu sahaja. Bagaimanapun, program anti-spam dan spam filter boleh meminimumkan masalah spam ini. Begitupun anda harus tahu bahawa setiap emel anda boleh ditetapkan sebagai 'spam' oleh prospek dan dibuang ke folder spam, walaupun ia sebenarnya bukan emel spam.

2. Mesej yang disampaikan menerusi emel hendaklah ringkas. Prospek mahukan maklumat yang tepat dan ringkas. Oleh itu mesej emel yang panjang hanya membuang masa sahaja.

3. Emel menghalang kretiviti anda. Teks adalah membosankan dan dengan mesej-mesej emel, teks adalah bahagian yang paling penting. Anda tidak boleh menggunakan kretiviti anda kerana para prospek mahukan poin ringkas dan terus kepada subjek yang ingin anda sampaikan.


Beberapa bisnes online kecil berpendapat laman web hanya mempunyai peranan yang kecil untuk mereka kerana mereka tidak percaya produk atau servis boleh dipasarkan di Internet. Bagaimanapun mereka sebenarnya tidak tahu, pemasaran emel merupakan penjimat utama bagi kewangan mereka sekaligus mampu memasarkan produk atau servis mereka ke tempat-tempat tertentu yang mana tidak boleh dicapai secara offline.

Semua orang boleh mempromosi laman web, mengiklankan produk atau merealisasikan idea mereka dengan hanya menggunakan emel untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia.

Tingkatkan Taraf Strategi Pemasaran Emel Anda

Pemasaran emel telah menjadi salah satu strategi inovatif yang disediakan oleh Internet sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Direct Marketing Association (DMA), 2 per 3 syarikat-syarikat besar mengakui keuntungan yang diperolehi meningkat setelah mereka mula menggunakan pemasaran emel dan 63% dari mereka bersetuju teknik pemasaran emel adalah teknik terbaik untuk mengekalkan hubungan dengan para pelanggan.

Boleh dikatakan hampir setiap pengguna Internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun emel, maka fakta ini boleh digunakan untuk kebaikan perniagaan anda. Terdapat banyak cara untuk memajukan perniagaan anda dan penggunaan strategi pemasaran emel adalah salah satu daripadanya.

Walaupun begitu, anda perlu mempelajari bagaimana cara yang sebenar untuk menggunakan strategi pemasaran emel ini secara efektif. Di bawah ini adalah beberapa tips ringkas tentang cara-cara menjadikannya efektif dalam membantu perniagaan anda:-

1. Kekalkan Konsep Ringkas dan Terus-Terang

Kesederhanaan itu adalah penting. Terdapat banyak emel-emel yang dipenuhi dengan iklan yang dihantar kepada pelanggan dan biasanya mereka akan membuangnya tanpa berfikir panjang. Dengan mengekalkan konsep ringkas dan berterus-terang dalam emel anda terutama sekali di bahagian tajuk, anda akan dapati ada perbezaannya. Kemungkinan emel anda itu akan dibaca oleh para pelanggan adalah tinggi berbanding dengan emel yang terlalu 'detail' dan panjang berjela-jela. Berikan maklumat ringkas, terus kepada kelebihan tawaran yang dibuat dan terus kepada laman jualan. Tetapi jangan lupa untuk memasukkan ayat 'call to action' dalam emel anda tersebut kerana ia merupakan cara yang paling lama dan masih berkesan dalam 'meminta' pelanggan membuat keputusan yang anda inginkan.

2. Kreativiti adalah Kunci Keberkesanan Pemasaran Emel

Ringkas tidak bermakna anda tidak perlu kretif. Kreativiti merupakan salah satu cara yang paling baik untuk mendapatkan pelanggan. Jika anda mempunyai baris tajuk yang ringkas tetapi kretif, pembaca tetap akan berminat untuk membuka emel anda tersebut. Kandungan emel itu juga mestilah menarik. Rekabentuk yang unik walaupun bukan satu kemestian, tetapi boleh menjadi daya penarik tambahan.

3. Fahami Pasaran Anda

Seperti juga pasaran-pasaran yang lain, anda sepatutnya boleh mengagak demografik para pelanggan anda. Ketahui siapa mereka dan apakah kesukaan mereka. Pastikan anda boleh mengatasi pesaing-pesaing anda. Jika anda masih agak baru dalam dunia perniagaan ini, adalah lebih baik anda membuat kajian ke atas harga dan gaya promosi para pesaing anda itu. Hasilkan pakej atau harga yang lebih baik dari mereka. Ini sudah tentu akan memberikan anda kelebihan dalam persaingan tersebut.

4. Memaksimumkan Kepenggunaan Teknologi Baru

Pelajari alat-alat promosi baru yang berguna. Salah satu daripadanya ialah AutoResponder atau 'mailbot'. Buat sedikit kajian tentang perkara-perkara ini di Internet. Antara perkara-perkara berguna yang boleh dilakukan oleh autoresponder ialah menghasilkan follow-up, pengesahan tempahan yang dibuat dan 'personalize' setiap mesej yang dihantar. Ini bukan sahaja menjimatkan masa anda bahkan dapat membekalkan para pelanggan anda dengan maklumat terkini dari anda. Selain dari autoresponder, belajarlah juga bagaimana untuk menggunakan alat-alat programming atau program grafik yang boleh dimanfaatkan dalam merekabentuk emel anda.

5. Bina Nama Anda

Salah satu cara terbaik untuk melonjakkan bisnes anda ialah membina nama di persada perniagaan online. Luangkan masa untuk membuat kajian berkenaan dengan bisnes. Jika ada majalah perniagaan internet yang menyiarkan tentang bisnes anda maka itupun sudah cukup untuk menjadikannya terkenal. Jangan sekali-kali terlibat dengan strategi bisnes murahan yang hanya akan merugikan anda seperti SPAM dan sebagainya. Ini hanya akan mencacatkan bisnes anda kerana semua orang tahu; nama yang buruk hanya menyediakan perkhidmatan yang teruk.

6. Jadikan Diri Anda Profesional

Alamat emel anda boleh menjadi penarik kepada bisnes anda. Tampilkan keprofesionalan anda dalam emel, termasuklah tajuk dan 'header' emel tersebut. Kedua-dua perkara ini walaupun kecil tetapi mempunyai impak yang besar di mata pelanggan. Dengan penampilan yang profesional anda akan menjadikan promosi anda lebih berkesan.

7. Membuat Penilaian

Sentiasalah menilai strategi anda, bermula dari penyediaan kandungan emel itu sendiri sehinggalah peralatan (tools) yang anda gunakan untuk penyediaannya. Kajilah apakah kelebihan dan kekurangannya. Untuk projek anda yang seterusnya, gunakanlah keputusan penilaian tersebut untuk hasil yang lebih baik. Ini semua adalah untuk memajukan lagi strategi pemasaran emel anda.

Semua di atas adalah beberapa tips dan cadangan mudah yang boleh anda gunakan dengan segera untuk melonjakkan lagi prestasi bisnes anda. Samada anda masih baru atau sudah lama dalam bidang perniagaan ini, semua cadangan-cadangan di atas adalah mudah untuk diingati dan dipraktikkan. Apa yang anda tunggu lagi ? Ambillah tindakan sekarang juga !

Dapatkan ebook News Letter PERCUMA anda tentang Kuasa Pemasaran Emel.