Pemasaran Emel - Kebaikannya untuk Bisnes Anda

Internet boleh dikatakan sebagai pemecah kepada kebuntuan para pemilik perniagaan yang tidak dapat memasarkan produk atau servis ke lokasi-lokasi tertentu. Ini disebabkan adanya perkhidmatan elektronik mail atau emel yang bukan sahaja percuma malahan membantu menghubungkan antara pengguna internet yang memerlukan penyelesaian terhadap masalahnya dengan pemilik produk yang berupaya membantunya.

Pemasaran emel dikenali kerana ramai pemilik perniagaan yang menggunakan strategi pemasaran jenis ini untuk menghantar newsletter, tawaran produk atau servis yang akan datang kepada para pelanggan mereka. Semua ini dapat direalisasikan dengan mudah kerana emel bukan sahaja dapat menyampaikan mesej-mesej dari pengusaha kepada para pelanggan mereka dengan cepat, bahkan ia jauh lebih berkesan dari lain-lain strategi pemasaran tradisional seperti telefon atau surat-menyurat.

Tidak dapat dinafikan, bagaimanapun, bahawa strategi pemasaran emel boleh disalah anggap sama seperti spam. Ini telah menyebabkan para pemilik bisnes berusaha untuk memastikan tajuk dan isi kandungan emel mereka membawa maksud yang tepat tentang mesej yang ingin disampaikan kepada para pelanggan sekaligus agar tidak dianggap sebagai emel spam. Begitu juga dengan alamat emel, mestilah alamat yang sah dan membawa imej yang sihat pemilik bisnes atau syarikat yang beroperasi tersebut. Paling penting, emel-emel tersebut hanya dihantar kepada mereka yang telah mengenali penghantarnya atau telah bersetuju untuk menerima emel-emel tersebut.

Mungkin anda terfikir; jika begitu susah dan banyak perkara yang perlu diambil kira, kenapa pemasaran emel masih dianggap strategi pemasaran yang ampuh dan berkesan? Sememangnya terdapat beberapa perkara yang menjadikan pemasaran emel begitu popular dan digemari oleh para pemilik bisnes.

Pertama dan yang terpenting, pemasaran emel tidak memerlukan kos yang banyak, atau lebih senang disebut kos efektif. Pemasaran emel membolehkan para pengusaha atau pemilik bisnes menjalankan kempen pemasaran emel mereka tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan untuk percetakan, penyiaran iklan dan sebagainya. Jika pemilik bisnes itu ingin menambah jumlah emel sekalipun, ianya tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dibayar kepada penyedia autoresponder. Hal ini berbeza dengan strategi pemasaran tradisional yang mungkin memerlukan penambahan kos yang tinggi untuk penghantaran surat, kos panggilan telefon dan sebagainya.

Apabila anda merancang untuk mencari pelanggan, adalah penting untuk anda mempunyai kemampuan untuk menyampaikan mesej perniagaan anda kepada seramai mungkin bakal pelanggan. Pemasaran emel boleh menjadi satu penyelesaian kepada masalah ini. Ia membolehkan anda menyebarkan mesej anda ke serata dunia tanpa ada sempadan dan batas geografi. Ini benar-benar menjimatkan kos sekaligus membantu meningkatkan tahap kemajuan perniagaan anda.

Pemasaran emel juga telah terbukti dapat meningkatkan mutu hubungan antara pengusaha dan pelanggan. Mereka boleh kekal berhubung walau di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Anda boleh terus menghantar maklumat-maklumat terkini tentang produk atau servis anda yang akan datang kepada mereka dan mereka pun boleh menyatakan pendapat mereka. Jelasnya, tanpa pemasaran emel, bisnes anda tidak dapat dijalankan dengan berkesan.

Kedua dan yang paling disedari oleh para pemilik bisnes ialah sikap dan kebiasaan pengguna. Ada pendapat yang mengatakan kebanyakan orang meluangkan masa untuk mengemaskini emel, membaca dan menghantar emel. Mereka ini jika berjaya dijadikan pelanggan maka para pemilik bisnes mempunyai jumlah penerima yang disasarkan (targeted audience) yang berkualiti, lebih-lebih lagi jika mereka memiliki kuasa beli yang besar.

Kebanyakan orang juga mempunyai akaun emel masing-masing dan setiap hari mereka akan meluangkan masa untuk menyemak akaun emel mereka. Ini telah membuka peluang promosi kepada para pemilik bisnes dan strategi pemasaran emel sangat berkesan juga adalah kerana ini. Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh anda sebagai pengusaha ialah menghantar emel promosi produk atau servis anda kepada para pelanggan seperti ini, setelah mereka berada dalam senarai emel anda.






Kelebihan Pemasaran Emel

Pemasaran melalui emel adalah cara yang paling berkesan untuk kekal berhubung dengan para pelanggan anda. Ianya sangat ekonomi dan jika dilakukan dengan betul, boleh membantu membina 'brand' untuk perniagaan anda.

Dengan purata hanya beberapa RM untuk setiap emel, ia adalah tawaran yang hebat berbanding dengan 'direct mail' secara tradisional. Tambahan pula, pemasaran emel mempunyai kadar respon yang tinggi (sekitar 5-35 % bergantung kepada jenis dan format industri terbabit).

Satu daripada kelebihan pemasaran emel ialah jumlah maklumat yang dibekalkan oleh klien apabila mereka mendaftar untuk subscribe emel anda. Dengan mengetahui siapakah klien anda sebenarnya, termasuklah jantina, umur, pendapatan dan terutama sekali kesukaan mereka, anda boleh menggunakan maklumat ini untuk menghasilkan produk yang berguna untuk mereka sekaligus menguntungkan anda.


Kelebihan-kelebihan Pemasaran Emel:-

1. Membawakan kepada anda prospek yang disasarkan. Tawaran yang anda lakukan akan sampai kepada prospek yang sudah mempunyai minat terhadap maklumat yang anda miliki.

2. Penjimatan kos. Berbanding dengan lain-lain metod pemasaran terus (direct marketing), pemasaran emel benar-benar lebih murah.

3. Cepat dan berkesan. Teknik pemasaran yang konvensional, seperti surat-menyurat, mengambil masa yang banyak. Kemudian anda perlu menunggu untuk beberapa bulan yang seterusnya untuk mendapatkan pengesahan daripada penerima. Dalam permit atau pemasaran emel 'opt-in', promosi dapat dilakukan setelah beberapa hari prospek mendaftar untuk senarai emel anda.

4. Kadar respon adalah tinggi. Secara umumnya, keizinan atau kempen emel 'opt-in' membawa kepada kadar respon yang tinggi berbanding dengan iklan promosi terus secara tradisional atau lain-lain jenis promosi dan pengiklanan online.


Tidak seperti laman web yang mana para pengguna perlu ingat alamat laman web yang ingin dikunjungi, ezine emel atau newsletter tiba ke 'pangkuan' prospek anda tanpa memerlukan mereka mengambil apa-apa tindakan. Dari masa ke semasa, proses ini akan mendidik pelanggan anda tentang produk atau servis yang anda tawarkan sekaligus akan menjadikan anda pilihan mereka sebagai penyedia maklumat yang mereka ingini.

Bahan-bahan yang boleh didownload seperti ebook boleh diakses dengan seberapa segera. Sebagai contoh, apabila anda menawarkan kepada prospek sebuah ebook yang mengandungi maklumat yang berguna dengan hanya melayari laman web anda, klik link ke 'landing page' anda dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan, ebook yang disediakan itu sudah boleh didownload oleh mereka.

5. Emel boleh melakukan tugas-tugas tertentu secara automatik. Autoresponder memainkan peranan penting dalam hal ini dan merupakan alat yang praktikal dan murah. Ianya boleh ditetapkan untuk berfungsi secara 'auto-pilot' bagi menghantar mesej-mesej yang anda sediakan kepada para prospek anda.


Autoresponder juga menghantar emel secara automatik kepada sesiapa sahaja yang menghantar emel kepada anda yang berkaitan dengan produk atau servis yang anda sediakan.

Sekarang, prospek boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perniagaan, produk atau servis dalam 24 jam sehari semalam dan ya, 7 hari seminggu.


Kekurangan pemasaran emel:-


1. Hari ini dengan kewujudan spam, emel boleh dilihat sebagai satu keadaan yang sukar untuk diuruskan. Ini bermakna para prospek hanya akan mencari dan membuka emel dari rakan-rakan, keluarga dan sebagainya manakala emel-emel yang tidak berkaitan akan dibuang dengan begitu sahaja. Bagaimanapun, program anti-spam dan spam filter boleh meminimumkan masalah spam ini. Begitupun anda harus tahu bahawa setiap emel anda boleh ditetapkan sebagai 'spam' oleh prospek dan dibuang ke folder spam, walaupun ia sebenarnya bukan emel spam.

2. Mesej yang disampaikan menerusi emel hendaklah ringkas. Prospek mahukan maklumat yang tepat dan ringkas. Oleh itu mesej emel yang panjang hanya membuang masa sahaja.

3. Emel menghalang kretiviti anda. Teks adalah membosankan dan dengan mesej-mesej emel, teks adalah bahagian yang paling penting. Anda tidak boleh menggunakan kretiviti anda kerana para prospek mahukan poin ringkas dan terus kepada subjek yang ingin anda sampaikan.


Beberapa bisnes online kecil berpendapat laman web hanya mempunyai peranan yang kecil untuk mereka kerana mereka tidak percaya produk atau servis boleh dipasarkan di Internet. Bagaimanapun mereka sebenarnya tidak tahu, pemasaran emel merupakan penjimat utama bagi kewangan mereka sekaligus mampu memasarkan produk atau servis mereka ke tempat-tempat tertentu yang mana tidak boleh dicapai secara offline.

Semua orang boleh mempromosi laman web, mengiklankan produk atau merealisasikan idea mereka dengan hanya menggunakan emel untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia.

Tingkatkan Taraf Strategi Pemasaran Emel Anda

Pemasaran emel telah menjadi salah satu strategi inovatif yang disediakan oleh Internet sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Direct Marketing Association (DMA), 2 per 3 syarikat-syarikat besar mengakui keuntungan yang diperolehi meningkat setelah mereka mula menggunakan pemasaran emel dan 63% dari mereka bersetuju teknik pemasaran emel adalah teknik terbaik untuk mengekalkan hubungan dengan para pelanggan.

Boleh dikatakan hampir setiap pengguna Internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun emel, maka fakta ini boleh digunakan untuk kebaikan perniagaan anda. Terdapat banyak cara untuk memajukan perniagaan anda dan penggunaan strategi pemasaran emel adalah salah satu daripadanya.

Walaupun begitu, anda perlu mempelajari bagaimana cara yang sebenar untuk menggunakan strategi pemasaran emel ini secara efektif. Di bawah ini adalah beberapa tips ringkas tentang cara-cara menjadikannya efektif dalam membantu perniagaan anda:-

1. Kekalkan Konsep Ringkas dan Terus-Terang

Kesederhanaan itu adalah penting. Terdapat banyak emel-emel yang dipenuhi dengan iklan yang dihantar kepada pelanggan dan biasanya mereka akan membuangnya tanpa berfikir panjang. Dengan mengekalkan konsep ringkas dan berterus-terang dalam emel anda terutama sekali di bahagian tajuk, anda akan dapati ada perbezaannya. Kemungkinan emel anda itu akan dibaca oleh para pelanggan adalah tinggi berbanding dengan emel yang terlalu 'detail' dan panjang berjela-jela. Berikan maklumat ringkas, terus kepada kelebihan tawaran yang dibuat dan terus kepada laman jualan. Tetapi jangan lupa untuk memasukkan ayat 'call to action' dalam emel anda tersebut kerana ia merupakan cara yang paling lama dan masih berkesan dalam 'meminta' pelanggan membuat keputusan yang anda inginkan.

2. Kreativiti adalah Kunci Keberkesanan Pemasaran Emel

Ringkas tidak bermakna anda tidak perlu kretif. Kreativiti merupakan salah satu cara yang paling baik untuk mendapatkan pelanggan. Jika anda mempunyai baris tajuk yang ringkas tetapi kretif, pembaca tetap akan berminat untuk membuka emel anda tersebut. Kandungan emel itu juga mestilah menarik. Rekabentuk yang unik walaupun bukan satu kemestian, tetapi boleh menjadi daya penarik tambahan.

3. Fahami Pasaran Anda

Seperti juga pasaran-pasaran yang lain, anda sepatutnya boleh mengagak demografik para pelanggan anda. Ketahui siapa mereka dan apakah kesukaan mereka. Pastikan anda boleh mengatasi pesaing-pesaing anda. Jika anda masih agak baru dalam dunia perniagaan ini, adalah lebih baik anda membuat kajian ke atas harga dan gaya promosi para pesaing anda itu. Hasilkan pakej atau harga yang lebih baik dari mereka. Ini sudah tentu akan memberikan anda kelebihan dalam persaingan tersebut.

4. Memaksimumkan Kepenggunaan Teknologi Baru

Pelajari alat-alat promosi baru yang berguna. Salah satu daripadanya ialah AutoResponder atau 'mailbot'. Buat sedikit kajian tentang perkara-perkara ini di Internet. Antara perkara-perkara berguna yang boleh dilakukan oleh autoresponder ialah menghasilkan follow-up, pengesahan tempahan yang dibuat dan 'personalize' setiap mesej yang dihantar. Ini bukan sahaja menjimatkan masa anda bahkan dapat membekalkan para pelanggan anda dengan maklumat terkini dari anda. Selain dari autoresponder, belajarlah juga bagaimana untuk menggunakan alat-alat programming atau program grafik yang boleh dimanfaatkan dalam merekabentuk emel anda.

5. Bina Nama Anda

Salah satu cara terbaik untuk melonjakkan bisnes anda ialah membina nama di persada perniagaan online. Luangkan masa untuk membuat kajian berkenaan dengan bisnes. Jika ada majalah perniagaan internet yang menyiarkan tentang bisnes anda maka itupun sudah cukup untuk menjadikannya terkenal. Jangan sekali-kali terlibat dengan strategi bisnes murahan yang hanya akan merugikan anda seperti SPAM dan sebagainya. Ini hanya akan mencacatkan bisnes anda kerana semua orang tahu; nama yang buruk hanya menyediakan perkhidmatan yang teruk.

6. Jadikan Diri Anda Profesional

Alamat emel anda boleh menjadi penarik kepada bisnes anda. Tampilkan keprofesionalan anda dalam emel, termasuklah tajuk dan 'header' emel tersebut. Kedua-dua perkara ini walaupun kecil tetapi mempunyai impak yang besar di mata pelanggan. Dengan penampilan yang profesional anda akan menjadikan promosi anda lebih berkesan.

7. Membuat Penilaian

Sentiasalah menilai strategi anda, bermula dari penyediaan kandungan emel itu sendiri sehinggalah peralatan (tools) yang anda gunakan untuk penyediaannya. Kajilah apakah kelebihan dan kekurangannya. Untuk projek anda yang seterusnya, gunakanlah keputusan penilaian tersebut untuk hasil yang lebih baik. Ini semua adalah untuk memajukan lagi strategi pemasaran emel anda.

Semua di atas adalah beberapa tips dan cadangan mudah yang boleh anda gunakan dengan segera untuk melonjakkan lagi prestasi bisnes anda. Samada anda masih baru atau sudah lama dalam bidang perniagaan ini, semua cadangan-cadangan di atas adalah mudah untuk diingati dan dipraktikkan. Apa yang anda tunggu lagi ? Ambillah tindakan sekarang juga !

Dapatkan ebook News Letter PERCUMA anda tentang Kuasa Pemasaran Emel.

Pemasaran Email.

Apa yang dimaksudkan dengan Pemasaran Emel ?

Apabila kita bercakap tentang pemasaran emel, terbayang di kepala tentang begitu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pemilik-pemilik bisnes. Hakikatnya, sama seperti lain-lain strategi pemasaran, terdapat kelebihan dan kelemahan dalam progress pemasaran emel yang perlu diharungi.

Pemasaran emel ialah penggunaan 'electronic mail' atau kemudahan emel untuk mencapai prospek atau pembaca di seluruh dunia bagi tujuan promosi produk atau servis. Dengan ringkas, ianya adalah pemasaran melalui emel. Pemasaran emel juga mempunyai potensi untuk menjadi satu teknik pemasaran yang sangat relevan kerana ianya dikenali sebagai satu proses bertukar maklumat dan respon di antara pemilik bisnes dan pelanggan.

Pemasaran emel juga tidak terkecuali daripada mendapat persepsi negatif dari masyarakat. Ramai juga pemilik emel yang merasa kurang selesa dengan pemasaran emel yang kemudiannya mengategorikan emel-emel komersial itu sebagai spam. Bagaimanapun, sekarang ini para pengguna Internet mempunyai pilihan untuk menetapkan emel jenis apakah yang mereka ingin terima di inbox mereka.

Pengertian alternatif bagi pemasaran emel ialah apabila sesebuah syarikat atau pemilik bisnes yang menggunakan emel untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan. Semua ini dilakukan dengan niat untuk terus 'menambat' pelanggan tersebut dan menjadikannya sebagai pelanggan setia mereka.

Pemasaran emel, mengikut mana-mana definisi, adalah menuntut kesetiaan dan naungan. Jika pemasaran emel digunakan terhadap klien yang berpotensi untuk menjadi pelanggan, maka peranan yang harus dimainkan oleh strategi itu ialah cuba untuk mengubah klien tersebut kepada pelanggan. Jika klien yang sedia ada sentiasa menerima tawaran-tawaran atau maklumat-maklumat yang berguna maka dia akan terus tetap bersama bisnes tersebut.

Bagaimanapun, dengan pemasaran emel, adalah penting untuk anda mengetahui apakah hak dan had yang wujud di dalamnya. Ada sesetengah tempat atau negara yang menggubal undang-undang memerangi penggunaan emel untuk pemasaran, ada sesetengah yang lain pula menggalakkannya.

Jika pelanggan itu menerima emel dari syarikat atau pemilik bisnes yang memang sudah dikenalinya atau pernah berurusan dengannya maka itu tidak menjadi satu kesalahan. Bahkan biasanya apabila pelanggan itu berpuas hati atau suka dengan perkhidmatan sesebuah syarikat atau seseorang pengusaha itu maka dia akan menerima ketibaan emel-emel mereka dengan senang hati.

Disebabkan inilah maka beberapa langkah yang penting perlu diambil oleh mana-mana pihak yang mahu menggunakan strategi pemasaran emel ini:

1. Integriti Kandungan - Penggubalan undang-undang yang tegas terhadap pemasaran emel dan pemasaran umumnya, biasanya disebabkan oleh kandungan yang digunakan dalam strategi pemasaran itu sendiri. Maka adalah merupakan satu perkara yang sangat penting untuk memastikan kandungan emel yang digunakan untuk tujuan promosi itu memiliki integritinya sendiri. Ini bermaksud penghantar menyertakan maklumat mereka dengan lengkap supaya penerima mengetahui siapa yang menghantar emel kepada mereka.

2. Persetujuan yang Jelas - Adalah penting bagi penghantar emel itu mengetahui bahawa pelanggannya sudah bersedia dan mahu menerima emel-emel dari mereka. Untuk itu adalah wajar mereka sentiasa mengemaskini list emel untuk mengetahui siapa di antara pelanggan itu yang setia dan sebaliknya.

3. Keagresifan Kandungan - Walaupun penghantar emel itu ingin menjadikan strategi pemasaran emel mereka agresif, adalah merupakan satu perkara penting untuk mereka menyeimbangkan antara tujuan mereka dan hak-hak penerima emel. Penghantar emel haruslah menggunakan baris subjek yang berkaitan dengan kandungan emel, menggunakan alamat emel yang sah dan membuat persetujuan dengan para pelanggan untuk menghantar emel-emel promosi di masa hadapan.

Pemasaran emel terkenal disebabkan oleh kos efektif dan kemampuannya untuk mempromosikan produk atau servis ke serata dunia. Bagaimanapun, para pemilik bisnes hendaklah sanggup 'berperang' dengan masalah spam dan tahu bagaimanakah cara untuk mempengaruhi para prospek membuka dan membaca emel-emel mereka, demi untuk hasil perniagaan yang lebih baik.

Forum - Komuniti Online

Bagaimana untuk Memulakan Forum Anda Sendiri dan Menarik Pengunjung

Kunci untuk memulakan forum anda sendiri ialah menentukan apakah topik pilihan anda. Topik inilah yang akan menarik pengunjung ke forum anda. Jika anda mempunyai terlalu banyak topik dan sub-topik yang tidak relevan, maka besar kemungkinan pengunjung yang datang akan pergi untuk selama-lamanya. Para pengunjung mahukan topik yang tertumpu atau yang difokuskan, terutama sekali topik yang menjadi minat mereka untuk membincangkannya. Fokus kepada sesuatu topik juga akan menyebabkan enjin carian lebih mudah menemui laman forum anda. Ramai yang berpendapat, lebih banyak topik di forum anda maka lebih ramai pengunjung yang akan datang. Sebenarnya pendapat ini adalah salah.

Adalah merupakan satu perkara yang penting untuk mendapatkan software yang betul untuk digunakan di forum anda. Antara faktor yang perlu diambil kira apabila memilih software ialah mudah untuk digunakan dan mampu menghiaskan forum anda dengan sepatutnya. Para pengunjung setia anda akan biasa dengan forum anda jika anda menggunakan skrip yang tetap dan mereka tidak mahu melihat perubahan yang drastik. Terdapat tool yang boleh anda gunakan untuk membuat perubahan forum anda dengan mudah dan hampir tidak dapat dikesan oleh pengunjung. Ini penting kerana perubahan drastik yang anda lakukan terhadap forum anda boleh menyebabkan pengunjung lari. Lakukan sedikit kajian terhadap sesuatu software sebelum menggunakannya.

Setelah anda memilih topik dan software yang ingin digunakan, sekarang merupakan masa yang sesuai mencari jalan bagaimana untuk menarik pengunjung. Sediakan sebab-sebab kenapa pengguna Internet harus memilih forum anda dan bukan forum-forum yang lain. Pertama sekali, jemput kenalan ke forum anda dan minta mereka melihatnya. Dengan cara ini diharap berita 'mulut ke mulut' tentang kewujudan forum anda akan segera tersebar. Cara kedua, anda boleh menghantar berita (mesej, emel) kepada rakan-rakan untuk menghebahkan tentang pembukaan forum baru anda itu. Ini biasanya akan menggalakkan mereka untuk berkunjung ke forum anda dan melihat jika ianya menarik minat mereka. Kunci untuk menarik trafik ke forum ialah topik perbincangan yang menarik. Jangan biarkan satu hari berlalu tanpa posting, rancakkan perbincangan dengan posting-posting baru dan menarik supaya lebih ramai pengunjung akan datang. Tidak ada posting baru bermakna tidak akan ada pengunjung baru.